Akaun sritismitimuallim.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DANA RM1,900,000 DIPERLUKAN UNTUK

MENYIAPKAN BANGUNAN SRITI DAN SMITI MUALLIM

DI KG SEMPA, SLIM RIVER, PERAK



“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)



SRITI Muallim telah ditubuhkan oleh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Tanjong Malim pada tahun 2013. Setelah 7 tahun berlalu, para lepasan pelajar SRITI Muallim telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di beberapa buat sekolah terpilih.


Tujuan awal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi pendidikan awal kepada masyarakat setempat dalam mendekatkan diri kepada agama dan disebabkan kurangnya penubuhan sekolah agama pada ketika itu. Harapan kami mendidik generasi yang cerdik pandai agar pelajar-pelajar lebih berdikari dan melahirkan pemimpin negara pada masa akan datang.

Pembangunan SMITI Muallim telah dimulakan pada tahun 2019 dan pengambilan pelajar pertama pada tahun 2020 dengan pengambilan seramai 13 orang pelajar sulung di Tingkatan 1. SMITI Muallim telah membina 1 bangunan hasil sumbangan dan wakaf daripada orang ramai.


Gambar pelajar dan guru SMITI Muallim



Pelajar semasa sesi usrah bersama ustaz


Seterusnya demi menampung pengambilan pelajar baru tahun 2021. SMITI Muallim sedang membangunkan beberapa blok bangunan lagi seperti blok pengurusan sekolah dan blok kelas serta blok asrama bagi melengkap dan menampung jumlah pelajar yang bakal masuk pada tahun depan dan seterusnya.


Pembinaan blok kedua yang sedang dibangunkan sedikit demi sedikit




Lokasi blok kedua adalah berhadapan dengan blok pertama





                       Bagaimana Nak Menyumbang?

Anda boleh pilih pakej hulurkan ikut kemampuan:

  • PAKEJ A : 10 Lot sumbangan = RM 300
  • PAKEJ B : 5 Lot sumbangan = RM 150
  • PAKEJ C : 3 Lot sumbangan = RM 90
  • PAKEJ D : Pembelian Bata Simen = RM 50
  • PAKEJ E : Pembelian Simen = RM 100
  • PAKEJ F : Pembelian Mozek = RM 60
  • PAKEJ G : SEIKHLAS HATI
  •  
Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menjadi saham di akhirat sana. Insha Allah . 

Pihak kami mendoakan semoga rezeki para penyumbang kami diberkati oleh Allah SWT dan dapat membantu generasi anak-anak kita untuk belajar
Amin YRA.